My Add

Monday 14 January 2013

Jangan terus ditipu DAP

Oleh ASLIZA MUSA

*Chua Soi Lek menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Ulang Tahun Ke-64 MCA Perak di Ipoh, semalam. - BERNAMA

IPOH, AHAD, 13 Januri, 2013: Kaum Cina di negara ini diingatkan supaya tidak lagi terpengaruh dengan pembohongan demi pembohongan pemimpin DAP yang hanya pandai berjanji untuk membantu golongan itu tetapi tidak pernah mengotakannya.

Utusan Malaysia melaporkan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, pemimpin DAP termasuk di negeri ini sering berjanji untuk memperjuangkan kepentingan kaum Cina, tetapi Barisan Nasional (BN) membuktikan keupayaan sebagai kerajaan yang lebih baik dalam melaksanakan perkara itu.

Beliau memberi contoh janji DAP yang kononnya mahu menyelesaikan masalah tanah di negeri ini, tetapi gagal melakukannya walaupun berpeluang menjadi pemerintah pada 2008.

MCA: Garis panduan sambut Tahun Baru Cina di Kedah gugat hak bukan Islam

Sementara iru BERNAMA,memetik Dr Chua sebagai menyifatkan garis panduan kerajaan Pas Kedah mengenai sambutan Tahun Baru Cina sebagai menggugat serta menghakis hak dan kebebasan golongan bukan Islam di negeri itu.

Beliau berkata, garis panduan dikeluarkan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah pada 9 Januari lepas antaranya melibatkan aspek pemakaian, nyanyian dan tarian, dilihat bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, MCA berpendapat isu tersebut bukan sesuatu yang remeh kerana ia berkaitan dengan sikap menghormati perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan hak golongan bukan Islam.

"DAP akan katakan ini adalah isu remeh... apabila kita katakan ia adalah kembiri politik, ia adalah betul dan berpatutan tapi dia (DAP) senyap sahaja dan untuk mengelirukan rakyat, DAP akan sentiasa timbulkan isu-isu lain," katanya.

Beliau berkata demikian merujuk kepada garis panduan mengenai penganjuran program '1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013' yang akan berlangsung di Star Walk Alor Setar, Kedah, pada 15 Februari depan.

Garis panduan itu antara lain menggariskan cara pemakaian pegawai dan artis yang terlibat hendaklah bersopan, tidak menjolok mata, artis digalakkan membuat persembahan nyanyian dan lagu berunsurkan ketuhanan atau nasihat dan tidak melalaikan serta melampau dan jika berlaku nyanyian dan tarian yang melampau, pihak kerajaan berhak memberhentikan program yang dijalankan dengan serta merta.

Soi Lek berharap masyarakat Cina tidak menyokong perjuangan DAP kerana parti itu sering menyebabkan masyarakat itu berbalah selain mempengaruhi mereka untuk mengundi Pas dan sekali gus menyokong garis panduan yang menggugat kebebasan golongan bukan Islam.

Katanya, pakatan pembangkang tidak mempunyai masa depan kerana mereka sanggup menjadikan rakyat sebagai mangsa demi kepentingan politik selain tiada strategi membangunkan negara malah menimbulkan isu dan demonstrasi.

"Kalau kita undi Barisan Nasional (BN) kita ada kepastian Perdana Menteri adalah Datuk Seri Najib Tun Razak, kita ada kepastian kestabilan politik, sosial, ekonomi, agama.

"Kita ada kepastian yang mana setiap tahun ada pembangunan, kadar pertumbuhan yang memuaskan, negara membangun ke arah mencapai pendapatan tinggi, kebebasan kita tidak tergugat atau terancam," katanya.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan golongan petani di Perak agar tidak terpedaya dengan pembohongan pembangkang yang hanya pandai menabur janji manis untuk menyelesaikan isu permohonan tanah.

"Mereka (pembangkang) buta huruf dari segi selok belok dan kesulitan tanah. Kita akan terus bantu 1,500 petani di negeri ini yang memohon tanah tanpa ugutan dan tanpa menabur janji-janji manis yang tidak dapat ditunaikan," katanya.

Katanya MCA membantu 1,150 petani daripada pelbagai kaum di negeri itu menyelesaikan permohonan tanah melibatkan keluasan hampir 4,000 hektar.  

No comments:

Post a Comment