My Add

Monday 14 January 2013

 Bot karam: 41 pendatang asing diselamatkan  

 *SEBAHAGIAN mangsa bot karam yang berjaya diselamatkan Maritim Malaysia dalam kejadian bot karam di Teluk Ramunia, Pengerang Kota Tinggi, dibawa menaiki lori di Jeti Marina Tanjung Pengelih di sini hari ini. Dalam kejadian pukul 5.20 pagi itu, bot itu yang dinaiki 49 orang itu karam setelah dipukul ribut.
 Mereka terdiri daripada 35 lelaki, empat wanita dan dua kanak-kanak. Lapan lagi penumpang masih dicari.

 - BERNAMA


JOHOR BAHRU, ISNIN, 14 Januari, 2013: Sebanyak 41 rakyat asing, dipercayai pendatang tanpa izin diselamatkan manakala lapan lagi masih hilang apabila bot pancung yang mereka naiki karam di perairan Teluk Ramunia, Pengerang dekat Kota Tinggi awal hari ini.

Mereka yang diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan polis Marin itu terdiri dari 35 lelaki, empat wanita dan dua kanak-kanak.

Kesemua mereka dibawa ke Jeti Tanjung Pengelih dan jeti nelayan Sungai Rengit, Pengerang.

Jurucakap APMM berkata, dalam kejadian pada pukul 5.20 pagi itu, bot yang dilapor dinaiki 49 orang itu karam setelah dipukul ribut. Operasi mencari dan menyelamat lapan lagi penumpang yang dilapor hilang masih berjalan. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment