My Add

Monday 21 January 2013

Bukti kerajaan Pusat tidak pinggirkan Kelantan

KOTA BAHARU, AHAD, 21 Januari, 2013: Tujuh projek besar yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatan ke Kelantan semalam adalah bukti jelas kerajaan pusat tidak pernah meminggirkan Kelantan.

Pengerusi UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata janji itu yang bakal dimasukkan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, menunjukkan Perdana Menteri prihatin akan nasib penduduk Kelantan yang masih ketinggalan pada pelbagai aspek pembangunan.

"Ini juga jawapan tepat kepada tohmahan dan juga tuduhan-tuduhan yang kata kita diskriminasikan Kelantan. Ini terbukti bahawa apa yang difitnahkan pembangkang itu tidak benar," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment