My Add

Thursday 24 January 2013

CEC: DAP Desa Dahlia desak pemilihan semula

 *S. Karthiyaini menunjukkan laporan yang dibuat kepada ROS meminta siasatan terperinci dijalankan berhubung pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP baru-baru ini di Seremban, kelmarin.

SEREMBAN, RABU, 23 Januari, 2013: DAP terus menerima tekanan daripada ahlinya yang mendesak agar siasatan dilakukan berhubung keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu bulan lalu yang didakwa mempunyai unsur penipuan dan manipulasi.

Terbaru, Setiausaha DAP Cawangan Desa Dahlia di sini, S. Karthiyaini tampil membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) negeri semalam meminta siasatan terperinci dibuat berhubung keputusan pemilihan tersebut.

"Kami mahukan pemilihan semula dilakukan kerana disyaki tidak telus dan adil, secara peribadi saya berharap agar parti ini dapat menghakis budaya nepotisme yang mana bapa dan anak menjadi ahli CEC. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment