My Add

Tuesday 29 January 2013

Contohi kepimpinan PM bantu rakyat Palestin - Tengku Abdullah

 *TENGKU Abdullah Sultan Ahmad Shah ditemani Mukhriz Tun Mahathir (lima kanan) bergambar bersama pemberi sumbangan pada Majlis Pelancaran dan Penyerahan Dana Tabung Pelestin-Gaza di Kuantan hari ini. Pada majlis itu, baginda berkenan menyerahkan dana berjumlah RM1.1 juta kepada Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) hasil kutipan di seluruh negeri ini sejak Disember lalu bagi tujuan misi kemanusiaan di Pelestin. - UTUSAN/MAHATHIR ALI

KUANTAN, SELASA, 29 Januari, 2013: Keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meninjau sendiri situasi di Palestin perlu dijadikan contoh dan dorongan kepada semua pihak untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, usaha itu jelas menunjukkan Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia amat komited dalam mencari jalan penyelesaian kepada isu di Palestin.

"Saya berharap usaha murni negara kita akan mendapat perhatian pihak terlibat serta dunia demi merealisasikan keamanan di bumi Palestin.

"Saya juga bangga kerana beberapa pertubuhan bukan kerajaan seperti Perdana Global Peace Foundation, Haluan Palestin, Aman Palestin daln lain-lain yang tampil sukarela membantu meringankan beban rakyat negara-negara bergolak," titah baginda pada pelancaran dan penyerahan dana Tabung Palestin-Gaza di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengarah Eksekutif Perdana Peace Global Organisation (PPGO), Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Baginda juga berbangga dengan sambutan rakyat termasuk sektor swasta dan kerajaan terutama di Pahang yang menyumbang kepada dana itu menerusi pelbagai saluran.

Sehingga kini sejumlah RM1.1 juta disumbang penduduk seluruh Pahang, titah baginda.

Sementara itu, Mukhriz berkata, dana berkenaan berjaya mengumpulkan RM5 juta setakat ini dan RM2 juta daripadanya akan diguna untuk membeli ubat-ubatan, makanan serta keperluan lain.

Beliau berkata, PPGO sedang merancang untuk menyediakan bekalan air bersih bagi rakyat Palestin.

"Bekalan air bersih di kawasan seperti Gaza dan Tebing Barat begitu terhad dan sumber air yang ada tidak selamat digunakan kerana bimbang mengandungi racun," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment