My Add

Tuesday 29 January 2013

Tunku Annuar dimasyhur Pro Canselor 1 Kuin

BALING, SELASA, 29 Januari, 2013: Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah dimasyhur sebagai Pro Canselor I Kolej Universiti Insaniah (Kuin) pada istiadat Konvokesyen Khas Kuin dekat sini hari ini.

Bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Afiffudin Omar pula dilantik sebagai Pro Canselor II pada istiadat sama yang turut menyaksikan perasmian Kampus Induk KUIN di Kuala Ketil dekat sini oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Ketika bertitah pada istiadat itu, Seri Paduka, yang juga Canselor Kuin, menzahirkan ucapan syabas serta tahniah kepada kedua-dua Pro Canselor yang baru dilantik.

“Sesungguhnya ilmu dan pengetahuan mereka merupakan khazanah yang tak ternilai, khasnya kepada masyarakat negeri ini.

“Beta berharap mereka akan sentiasa bersedia meneroka perkongsian ilmu dengan para ilmuan Insaniah (Kuin) dalam membimbing para pelajar dan masyarakat ke arah membentuk masyarakat berilmu dan bertaqwa," titah baginda.

Seri Paduka turut berharap satu proses pindahan ilmu dapat dirangka dan pengalaman serta kejayaan tokoh berpengalaman di Kuin dapat direkodkan bagi dijadikan rujukan untuk generasi akan datang.

Turut berangkat pada majlis itu Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment