My Add

Wednesday 23 January 2013

Dalang pembangkang diawasi, jangan sampai tertangkap - Mohamad

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI

SEREMBAN, RABU,  23 Januari, 2013: "Ini bukan soal mereka tidak berpuas hati dengan dasar kerajaan ataupun mereka ini dikategorikan sebagai pengundi atas pagar. Tetapi mereka ini memang secara terang-terangan penyokong tegar pembangkang dalam agensi kerajaan.

"Walaupun perkara ini bercakap soal demokrasi dan mereka boleh berbuat apa sahaja mereka, tetapi mereka perlu ingat jangan sampai tertangkap dan didakwa dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).''

Demikian tegas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri dekat sini hari ini.

Mohamad turut mendedahkan ada di kalangan penyokong tegar pembangkang iyang dilihat amat baik ketika berada di dalam kerajaan tetapi menyimpan dendam sebaik keluar dari kerajaan dan menyerlahkan taring dalam parti pembangkang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment