My Add

Monday 7 January 2013

DBKL tahan 385 warga asing berniaga tanpa lesen

KUALA LUMPUR, AHAD, 06 Januari, 2013: Seramai 385 warga asing ditahan dalam Operasi Penjaja Warga Asing oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Pasar, Pudu dan Jalan Silang di sini hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Minhad Ahmad berkata, dalam operasi tiga jam bermula 11.30 pagi itu yang ditahan ialah 138 warga Bangladesh, 117 warga Nepal, 105 warga Myanmar, 10 warga Indonesia, 10 warga India dan lima warga Pakistan.

"Kita telah membuat tangkapan secara rambang di kedua-dua lokasi tersebut dan tempat tersebut menjadi tempat tumpuan mereka berkumpul dan juga pusat menjual barangan di gerai-gerai tanpa lesen," katanya dalam sidang akhbar selepas operasi tersebut di Bilik Gerakan Jabatan Penguatkuasaan DBKL di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment