My Add

Saturday 26 January 2013

Desakan guna kalimah Allah akan mengundang perpecahan: Harussani

IPOH, SABTU, 26 Januati, 2013: Tindakan pihak tertentu terus menghina Islam dengan mendesak kalimah Allah dibenarkan digunakan dalam Bible bahasa Melayu bukan saja mengundang perpecahan rakyat malah boleh menyebabkan pertumpahan darah.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata beliau bimbang terjadi perkara itu kerana umat Islam perlu mempertahankan kalimah Allah yang hanya boleh digunakan umat Islam di negara ini.

"Saya memberi ingatan, kalau ia (penggunaan kalimah Allah hanya untuk umat Islam) masih dicabar juga, saya bimbang akan berlaku perpecahan dalam Malaysia ini dan mungkin pertumpahan darah kerana kita (umat Islam) wajib dan perlu berjihad mempertahankan kalimah Allah," katanya kepada selepas merasmikan premis perniagaan Damara Care & Herbs Sdn Bhd di sini, hari ini. - BH 

No comments:

Post a Comment