My Add

Friday 25 January 2013

Detik kemeriahan sambutan Maulidur Rasul 1434H di seluruh negara

 *ORANG ramai berarak sambil berselawat dari Persimpangan Lebuh Bestari dan Persiaran Perdana menuju Masjid Putra sejauh 1.7 kilometer Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1434H di Putrajaya hari ini. - BERNAMA
 *PERARAKAN menggunakan basikal klasik turut memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1434H di Putrajaya hari ini. - BERNAMA
 *BERPAKAIAN bendera Malaysia membawa anak kecil menaiki basikal klasik antara suasana yang turut memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1434H di Putrajaya hari ini. - BERNAMA
 *KAKITANGAN Parlimen Malaysia turut menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan di Masjid Putra, Putrajaya hari ini. - UTUSAN/ZAKI AMIRUDDIN
 *PASUKAN berkuda dari Pusat Ekuin Darul Aman Park (RISP) yang berpakaian Arab turut menyertai Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434 di Taman Mahsuri, Jitra hari ini. Seramai 1,500 peserta terdiri daripada penduduk berarak mengelilingi taman tersebut sejauh satu kilometer. -BERNAMA
 KELIHATAN masyarakat India dan Cina turut mengambil bahagian dalam perarakan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H di Taman Mahsuri, Jitra hari ini. - BERNAMA
 *8SEBAHAGIAN daripada 15,000 umat Islam berarak sejauh hampir empat kilometer sempena sambutan Maulidur Rasul anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam Pulau Pinang di Bukit Mertajam hari ini. - UTUSAN/SAZALI CHE DIN
 *PESERTA berarak sambil membawa sepanduk sempena perarakan sempena majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H peringkat negeri Sarawak di Betong, ini hari ini. Ia disertai lebih 5,000 orang membabitkan 120 kontinjen dari pelbagai agensi kerajaan, swasta, NGO, institusi pengajian tinggi (IPT) dan pelajar berarak sejauh 5.7 kilometer. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD RAHMAN
 *YANG Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud, diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berarak pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H peringkat negeri di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS) hari ini. - UTUSAN/MD.SHAHJEHAN MAAMIN
 *ORANG kurang upaya (OKU) , warga emas dari Badan Sukalerawan Al-Takwa bersama 187 kontinjen mengambil bahagian pada Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Melaka hari ini. Perarakan itu disertai kira-kira 12 ribu orang yang bermula dari Stadium Hang Tuah ke Masjid Al-Azim di Bukit Palah. - BERNAMA

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 24 Januari, 2013: Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun 1434H di Putrajaya berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 13,000 peserta.

Bertemakan ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’, turut berangkat pada majlis itu adalah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri, Tuanku Hajah Haminah.

Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sambutan kali ini turut diserikan dengan perarakan motosikal berkuasa tinggi, unit berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Putrajaya serta pasukan bot air.

Sementara itu, di seluruh negara, sambutan yang sama juga diadakan di negeri-negeri dengan turut diserikan dengan keberangkatan Sultan, Raja, Yang Dipertuan Besar, Yang Dipertua Negeri dan para pembesar di negeri masing-masing.

Acara sambutan bermula dengan perarakan kontinjen yang mewakili pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik dan sekolah. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment