My Add

Thursday 10 January 2013

Dewan Ulama Pas kekal pendirian kalimah Allah khusus agama Islam

 Harun Taib
 KUALA TERENGGANU, RABU, 09 Januari, 2013: Dewan Ulama Pas kekal dengan pendirian yang kalimah Allah hanya khusus bagi agama Islam justeru agama-agama lain tidak berhak menggunakan kalimah suci itu.

Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, pendirian itu hanya merujuk kepada penggunaan kalimah suci itu di dalam kitab Bible, versi bahasa Melayu kerana dalam agama Kristian, telah menyebut tuhan bagi seluruh penganutnya ialah Nabi Isa, bukannya Allah.

Bagaimanapun beliau mengelak daripada menyatakan pendirian dewan itu ketika diminta mengulas ketegasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempertahankan keputusan parti itu bahawa kalimah Allah boleh dikongsikan bersama dengan bukan Islam.

Harun membayangkan beliau tidak mahu diseret dalam kontroversi baru yang tercetus kerana reaksinya yang mula dilihat bercanggah dengan pendirian parti sebenarnya hanya ditujukan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung kenyataan awalnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment