My Add

Thursday 10 January 2013

Kakak rayu adik jadi buruan polis serah diri

 
TASEK GELUGOR, RABU, 09 Januari, 2013: Kakak kepada salah seorang daripada tujuh orang kena tuduh (OKT) yang kini diburu selepas melarikan diri ketika dibawa ke mahkamah kelmarin merayu adiknya itu supaya segera menyerah diri kepada polis.

Norazah Abdul Rahman, 40, berkata, dia percaya adiknya itu, Hissam yang ditahan di penjara sejak awal bulan lalu terpengaruh dengan pujukan tahanan lain untuk melarikan diri daripada polis.

"Adik saya sepatutnya hadir di mahkamah kelmarin untuk mendengar keputusan kesnya selepas ditahan kerana kesalahan merompak.

"Saya yakin dia terpengaruh sebab adik saya ini penakut. Saya rayu supaya dia menyerah diri kepada polis, sampai bila dia nak sembunyikan diri macam ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pokok Tampang hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment