My Add

Monday 7 January 2013

Diesel subsidi: Peraturan baharu berkuat kuasa

*MOHAD Khazin Hamzah (kiri) menyampaikan sumbangan kepada (dari kiri), Abdul Wahab Sidek, Marzuki Mohamad dan Muhamad Mubin di Kempadang Perdana, Kuantan, semalam. - UTUSAN/Mahathir Ali

KUANTAN,AHAD, 06 Januari, 2013: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yakin mampu menangani ketirisan minyak diesel bersubsidi dalam kalangan nelayan dengan cara mewajibkan mereka mencatatkan hasil tangkapan setiap kali turun ke laut.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohad Khazin Hamzah berkata, berdasarkan kajian yang dibuat, satu liter minyak diesel bersubsidi bersamaan dengan satu kilogram hasil tangkapan.

"Oleh itu, berkuat kuasa tahun ini, semua nelayan perlu mengisytiharkan jumlah tangkapan di dalam buku log yang disediakan di setiap jeti pendaratan ikan.

"Mekanisme ini dilihat dapat menyekat nelayan daripada menjual minyak diesel bersubsidi kepada pihak ketiga semasa berada di laut," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment