My Add

Monday 7 January 2013

Bas terbakar: Tindakan pantas pemandu selamatkan 20 penumpang

KUALA KANGSAR, AHAD, 06 Januari, 2013: Tindakan pantas seorang pemandu bas mengarahkan semua penumpangnya turun selepas menyedari asap tebal muncul dari belakang kenderaan itu berjaya menyelamatkan kesemua 20 penumpang bas terbabit.

Kejadian mencemaskan itu berlaku pukul 1.20 petang ini di Kilometer 231.4, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Bukit Berapit di sini ketika bas itu dalam perjalanan dari Johor ke Hatyai, Thailand.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Pegawai Bomba Kanan 2, Shamsudin Abd. Karim berkata, kebakaran itu menyebabkan bas persiaran dua tingkat milik syarikat Konsortium Bas Ekspres Semenanjung Sdn. Bhd. itu musnah keseluruhan di bahagian atas.

"Pemandu bas terbabit ternampak asap tebal keluar dari bahagian belakang bas yang menempatkan enjin. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment