My Add

Wednesday 23 January 2013

 Muzium Diraja dibuka secara rasmi 2 Februari

KUALA LUMPUR, SELASA, 22 Februari, 2013: Istana Negara Lama yang dijadikan Muzium Diraja akan dibuka secara rasmi kepada orang ramai bermula 2 Februari ini.

Ketua Pengarah Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail, berkata pembukaan istana itu kepada umum bertujuan menerangkan kepada umum mengenai fungsi dan kegunaan setiap ruang yang terdapat di Istana Negara.

"Ia juga menjadi tempat rujukan untuk mempelajari mengenai sistem beraja, budaya, seni dan pembentukan tamadun negara.

"Pembukaan Muzium Diraja ini juga hasil daripada permintaan orang ramai yang mahu melihat sendiri keunikan seni bina dan hiasan dalaman istana yang berusia 85 tahun ini," katanya kepada pemberita pada majlis Lawatan Bersama Media ke Muzium Diraja di Istana Negara Lama di sini, sebentar tadi.

Ibrahim berkata, Muzium Diraja akan dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Bagaimanapun, bayaran masuk masih dalam perbincangan. - BH

No comments:

Post a Comment