My Add

Wednesday 23 January 2013

ROS panggil ahli DAP minggu ini


*ABDUL Rahman Othman pada sidang akhbar di sini, hari ini.

PUTRAJAYA, SELASA, 22 Januari, 2013: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) akan memanggil ahli DAP yang membuat aduan mengenai dakwaan penyelewengan yang berlaku dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu, minggu ini.

Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman, berkata pihaknya bagaimanapun akan menyiasat terlebih dulu kesahihan pengadu sama ada mereka benar-benar ahli DAP atau sebaliknya.

Abdul Rahman berkata, pihaknya sudah menerima lima memorandum yang mendakwa berlaku manipulasi dalam pemilihan CEC dan tidak puas hati dengan perjalanan pemilihan.

Katanya, sehingga hari ini, ROS masih belum menerima Penyata Tahunan Mesyuarat Agung parti itu yang berlangsung pada 12 Disember tahun lalu. - BH

No comments:

Post a Comment