My Add

Sunday 6 January 2013

Drama DAP sudah dijangka'

Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM

KUALA LUMPUR, SABTU, 05 Januari, 2013: DAP tidak perlu mencipta satu lagi drama semata-mata mahu mengembalikan wakil Melayu untuk menduduki Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu.

Bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, insiden kesilapan pengiraan jumlah undi sewaktu pemilihan parti pada 17 Disember lalu sudah dapat dijangka dan hanya merupakan satu taktik bagi menampakkan parti itu masih mengekalkan prinsip berbilang kaum.

"DAP sebenarnya memerlukan sokongan orang Melayu bagi membantu mereka mencapai impian untuk ke Putrajaya.

"Taktik ini sudah dapat diramal apabila menyedari mereka telah melakukan kesilapan besar apabila Zairil Khir Johari tidak dilantik sedangkan beliau 'orang kuat' Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng,'' katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment