My Add

Wednesday 9 January 2013

Dua lelaki diberkas bersama 598 biji pil kuda

Oleh TOREK SULONG

BACHOK, RABU, 09 Januari, 2013: Polis menahan dua lelaki disyaki pengedar dadah dan merampas tiga peket kecil berwarna biru mengandungi 598 biji pil kuda dianggarkan bernilai RM11,960 dalam satu serbuan di Kampung Badak dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Supritendan Ab. Rahim Che Ghani berkata, suspek berusia 18 dan 20 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis daripada cawangan narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pada pukul 6 petang selepas melakukan intipan selama beberapa hari.

Beliau berkata, ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek sedang menunggang sebuah motosikal Honda Ex-5 dan cuba membuang ketiga-tiga peket mengandungi dadah tersebut setelah menyedari mereka diekori anggota polis.

Bagaimanapun katanya, polis menemui ketiga-tiga peket berkenaan dan pemeriksaan lanjut mendapati ia mengandungi sebanyak 598 biji pil kuda dianggarkan seberat 59.8 gram. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment