My Add

Thursday 17 January 2013

Eksport sawit dijangka lemah

KUALA LUMPUR, RABU, 16 Januari, 2013: Prospek eksport minyak sawit tempatan dijangka lemah pada tahun ini didorong oleh kurang daya saing daripada minyak sawit Indonesia serta kelembapan permintaan dari China dan Pakistan.

Alliance Research dalam nota penyelidikannya mengunjurkan harga minyak sawit mentah (MSM) pada tahun ini adalah RM2,600 setan metrik berbanding unjuran awal iaitu RM2,900.

Katanya, harga MSM sudahpun dipengaruhi oleh penurunan cukai eksport yang diperkenalkan baru-baru ini tetapi ia dilihat masih tidak mampu merangsang eksport untuk tahun 2013.

"Kami mengunjurkan pengeluaran pada tahun ini adalah mendatar berbanding tahun sebelumnya disebabkan oleh cuaca yang tidak menentu.

Dengan itu, kami menjangkakan harga MSM tidak akan mengalami aliran kukuh sepanjang tahun ini kecuali pada suku pertama sehingga kedua 2013, iaitu pada musim puncak untuk sektor tersebut," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment