My Add

Thursday 17 January 2013

Malaysia lebih baik dari G7

KUALA LUMPUR, RABU, 16 Januari, 2013: Ekonomi negara-negara yang membangun pesat, termasuk Malaysia, akan berkembang dengan lebih pantas berbanding negara-negara anggota G7 (tujuh negara perindustrian) dalam tempoh empat dekad akan datang, demikian menurut PricewaterhouseCoopers (PwC).

Syarikat itu berkata, purata pertumbuhan di segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mengikut pariti kuasa membeli (PPP), menunjukkan Nigeria mendahului dari 2012 hingga 2050, diikuti oleh Vietnam, India, Indonesia, Malaysia, China, Arab Saudi dan Afrika Selatan.

Malaysia dimasukkan ke dalam kajian yang dipanjangkan pada 2013 dari kajian asal PwC 'World in 2050' itu, yang dilaksanakan pada 2006 dengan meliputi 17 ekonomi terbesar. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment