My Add

Thursday 24 January 2013

 Petronas, EPC disyor terokai pengeluaran minyak dan gas di Mesir: Najib

Daripada Ahmad Zaini Kamaruzzaman di Mesir 

KAHERAH, RABU, 23 Januari, 2013: Kerajaan Mesir hari ini mencadangkan Petronas dan Syarikat Petroleum Mesir (EPC) menubuh konsortium untuk menerokai bidang petroleum dan gas di benua Afrika, kata Datuk Seri Najib Razak.

Mesir juga meminta Proton membuka kilang pemasangan untuk mengeluarkan kereta jenama Proton di negara itu.

Perkara itu disuarakan Presiden Mesir, Mohamed Morsi dalam pertemuan dengan Perdana Menteri di sini, malam tadi.

Sehubungan itu, Najib berkata beliau akan berbincang dengan Petronas dan Proton mengenai cadangan itu.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di sini sebelum berlepas ke Davos, Switzerland untuk menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF). - BH

No comments:

Post a Comment