My Add

Saturday 19 January 2013

Fahami Enakmen Agama Bukan Islam - Dr. Juanda Jaya

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 18 Januari, 2013: Isu kalimah Allah yang dibangkitkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada sambutan Krismas baru-baru ini boleh diselesaikan, malah tidak perlu dikontroversikan sekiranya semua pihak menghormati dan memahami Perkara 11 (4) Perlembagaan.

Berdasarkan kuasa yang diberikan di bawah perkara berkenaan, Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya berkata, telah jelas bahawa satu undang-undang boleh digubal oleh badan perundangan negeri dan Parlimen bagi Wilayah Persekutuan untuk mengawal penyebaran agama bukan Islam dalam kalangan umat Islam.

Beliau menjelaskan, kawalan tersebut adalah di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) mengikut negeri-negeri dan tahun masing-masing mula diwartakan.

‘‘Oleh kerana itu, jika perkara ini dapat dipatuhi, maknanya isu kalimah Allah ini tidak timbul. Namun begitu, perkara ini wujud mungkin kerana ramai yang tidak faham dan tidak tahu bahawa telah wujud garis panduan yang merangkumi penggunaan kalimah Allah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment