My Add

Saturday 19 January 2013

Kalimah Allah: Azmin sanggah Majlis Syura Ulama Pas

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 18 Januari, 2013: Kenyataan terbaharu Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali mempertahankan pendirian pakatan pembangkang bahawa kalimah Allah boleh diguna oleh bukan Islam membuktikan isu itu masih tergantung di antara Pas, DAP dan PKR.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr. Hasan Ali berkata, kenyataan Azmin menyanggah pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang melarang agama lain menggunakan kalimah Allah dalam kitab mereka menggambarkan keangkuhan dan kebiadaban pemimpin PKR berkenaan sebagai seorang Melayu Islam.

Katanya, kenyataan itu juga menunjukkan Azmin gagal memahami perasaan, cita rasa dan komitmen ahli Pas yang sentiasa memperjuangkan kesucian Islam serta patuh kepada keputusan golongan ulama termasuk Dewan Ulama dan Majlis Syura Ulama. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment