My Add

Monday 14 January 2013

Felda bayar bonus RM102.12 juta kepada peneroka

KUALA LUMPUR, ISNIN, 14 Januari, 2013: Felda telah menjelaskan bayaran Bonus Insentif Produktiviti Peneroka (BIPP) bagi tahun 2012 berjumlah RM102.12 juta kepada peneroka tanah rancangan yang layak di seluruh negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, pembayaran itu selesai dilaksanakan pada minggu ketiga Disember 2012 melibatkan 94,839 peneroka daripada jumlah keseluruhan 112,635 peneroka sebagai tanda menghargai sokongan mereka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara.

 "Asas kepada pembayaran dibuat berdasarkan dua perkara, iaitu kesetiaanpeneroka bersama Felda dalam pelaksanaan tanam semula dan produktiviti hasil kebun peneroka yang dihantar ke kilang milik Felda," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Tambah beliau, peneroka yang melaksanakan program tanam semula bersama Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan itu menerima bayaran maksimum RM1,200 untuk setiap seorang manakala peneroka yang mengerjakan kebun sendiri akan dinilai berdasarkan produktiviti hasil kebun yang dijual pada Felda.

"Jika mereka jual pada orang lain, bagaimana mereka mahu terima bonus kerana ini semua wang yang dikumpulkam oleh Felda. Mudah-mudahan satu hari nanti semua 112,635 peneroka akan menerima bonus ini," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment