My Add

Tuesday 15 January 2013

Felda selesai bayus insentif RM102.12 jutaar bon

KUALA LUMPUR, ISNIN, 14 Januari, 2013: Sebanyak RM102.12 juta bonus insentif produktiviti telah dibayar kepada peneroka di tanah rancangan seluruh negara tahun lalu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, pembayaran bonus itu melibatkan 94,839 daripada 112,635 orang peneroka sebagai menghargai sumbangan mereka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara.

"Kerajaan berharap pemberian bonus ini akan menjadi perangsang kepada peneroka di seluruh negara untuk berusaha lebih gigih lagi bagi meningkatkan produktiviti masing-masing.

"Saya juga ingin menyeru semua warga peneroka agar menghantar hasil kebun mereka kepada Felda selaras usaha berterusan yang dilaksanakan oleh agensi tersebut untuk meningkatkan paras pendapatan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas membentangkan kertas kerja di Seminar Transformasi Felda 2013 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, asas pertimbangan pembayaran dibuat berdasarkan dua perkara iaitu kesetiaan peneroka bersama Felda dalam pelaksanaan tanam semula dan produktiviti hasil kebun.

"Bagi peneroka yang melaksanakan tanam semula bersama Felda, kadar bayaran bonus ialah RM1,200 manakala bagi peneroka yang mengerjakan kebun pula antara RM400 hingga RM1,200 bergantung kepada penghantaran hasil.

Mengulas tentang keputusan Pas yang akhirnya akur menyatakan kalimah Allah adalah khusus untuk agama Islam, Ahmad memberitahu, kata putus tersebut seolah-olah hanya untuk menamatkan 'drama' perselisihan pendapat yang timbul antara pemimpin akar umbi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment