My Add

Tuesday 15 January 2013

Isu air : Mapem mahu Selangor tarik balik arahan henti Capex

SHAH ALAM , ISNIN,14 Januari, 2013: Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor digesa menarik balik tindakan menghentikan perbelanjaan modal (Capex) Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) kerana tindakan itu adalah punca utama terhadap rantaian masalah kecekapan perkhidmatan bekalan air syarikat tersebut.

Setiausaha Kehormat Majlis Perundingan Ekonomi Melayu (Mapem), Halim Mohamad berkata, dengan menarik balik arahan sekatan Capex yang dikuatkuasakan sejak 2009, Syabas diyakini mampu menyelesaikan semua masalah berhubung krisis bekalan air dan dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna.

Katanya, selain menarik balik arahan tersebut, kerajaan negeri juga diseru mengambil tindakan segera menggantikan aset usang yang sedang digunakan Syabas.

"Jika perlu kerajaan negeri juga sepatutnya membina kemudahan baru seperti rumah pam mengikut cadangan teknikal seperti yang dimajukan Syabas sejak 2008 lagi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment