My Add

Friday 4 January 2013

Filem Kanang anak Langkau mulakan penggambaran Februari ini

KUCHING, JUMAAT, 04 Januari, 2013: Filem 'Kanang anak Langkau' dijangka akan memulakan penggambaran pada Februari ini, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, pengambaran filem tersebut dijangka mengambil masa tiga hingga empat bulan untuk disiapkan.

"Hari ini penerbit dan pengarah filem akan berada di sini untuk bincangkan perkara tersebut. Sebelum meninggal dunia, mendiang Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau mengadakan perbincangan dengan saya untuk beliau terlibat secara langsung dalam penerbitan filem tersebut.

"Saya juga melihat sendiri skrip berkenaan, namun apabila mendiang meninggalkan kita terlebih dulu, saya akan lihat semula skrip berkenaan, dan skrip akan diolah semula," katanya selepas memberi penghormatan kepada mendiang di Hospital Umum Sarawak di Kuching, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, pihaknya berharap filem tersebut akan dapat disiapkan untuk ditayangkan pada 16 September depan bersempena Hari Malaysia dan juga untuk ditayangkan pada Hari Angkatan Tentera.

"Watak untuk filem belum dikenal pasti, kita serahkan kepada syarikat penerbit dan pengarah filem untuk cari calon sesuai.

"Tapi yang penting sekali filem ini akan disegerakan dan kita akan cari jalan supaya kos untuk pembiayaan pembikinan filem ini walaupun dibuat sepenuhnya oleh pihak swasta, namun urusan untuk dipermudahkan bagi pembiayaan, akan dibantu oleh pihak kami," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment