My Add

Saturday 26 January 2013

Guan Eng didesak mohon maaf

Oleh SAFINA RAMLI

*RASHID Hanafi (depan, kiri) dan Mohd. Sattar Mohd. Saad (depan, dua dari kiri) melaungkan ikrar membantah sesiapa sahaja yang cuba mencemarkan kesucian agama Islam dan bertakbir beramai-ramai pada demonstrasi aman di hadapan Masjid Muzaffar Shah, di Sungai Petani, Kedah, semalam.

SUNGAI PETANI, JUMAAT, 25 Januari, 2013: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng didesak supaya memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini dalam tempoh 48 jam mulai hari ini.

Permohonan maaf itu perlu berikutan Guan Eng didakwa telah mengguris perasaan umat Islam melalui kenyataannya mahu menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Desakan itu disuarakan oleh lebih 50 penduduk Islam serta ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sekitar Sungai Petani dan Kuala Muda yang mengadakan demonstrasi aman di hadapan Masjid Muzaffar Shah di sini selepas menunaikan solat Jumaat, kira-kira pukul 2.30 petang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment