My Add

Monday 14 January 2013

Had kapasiti 5 megawat punca utama RE terlalu perlahan

Oleh FAIRUS KASSIM


*TENAGA elektrik yang dihasilkan dari panel solar dan kincir angin merupakan sumber tenaga diperbaharui yang perlu diperluaskan di negara ini. - GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR 13 Jan. - Malaysia mempunyai infrastruktur dan pelan pembangunan dalam sektor tenaga boleh diperbaharui (RE) yang terbaik di rantau ASEAN dan dilihat berpotensi untuk berkembang pantas.

Matlamat kerajaan untuk meningkatkan penggunaanya RE kepada 5.5 peratus daripada keseluruhan janaan tenaga elektrik pada 2020 boleh dikatakan mudah untuk dicapai.

Kerajaan juga dilihat bersungguh-sungguh untuk memenuhi komitmen pengurangan karbon negara iaitu pengurangan sebanyak 40 peratus pelepasan bahan itu menjelang 2020 berbanding 2005.

Malah segalanya berjalan dengan baik bermula daripada perancangan sehingga perlaksanaan pada peringkat awal tetapi untuk bersaing di peringkat ASEAN, kemajuan sektor ini dilihat terlalu perlahan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment