My Add

Monday 14 January 2013

Polis Israel usir penunjuk perasaan

 *POLIS Israel menahan seorang penunjuk perasaan Palestin di pintu
masu perkampungan Zayem di Tebing Barat, kelmarin. - AFP

ZAIM, AHAD, 13 Januari, 2013: Polis Israel hari ini mengusir penunjuk perasaan Palestin yang berkhemah di sebuah bukit di kawasan Tebing Barat yang membantah pembangunan penempatan haram penduduk Yahudi.

Kira-kira 200 aktivis Palestin mendirikan khemah di kawasan Bab al-Shams (Pintu Matahari) sejak kelmarin sebagai bantahan terhadap pembangunan penempatan haram Yahudi di kawasan E1 yang terletak di antara timur Baitulmaqdis dan Maaleh Adumim.

Penunjuk perasaan bagaimanapun pada mulanya enggan mematuhi arahan pihak keselamatan Israel untuk meninggalkan kawasan itu sebelum polis rejim menyerbu masuk kawasan perkhemahan kira-kira pukul 2.30 pagi (8.30 pagi waktu Malaysia hari ini).

Ahli Parlimen Palestin, Mustafa Barghouti berkata, beratus-ratus polis Israel datang dari pelbagai arah, mengepung kesemua aktivis di kem terbabit sebelum menahan mereka seorang demi seorang.

Wakil Jawatankuasa Koordinator Perjuangan Popular yang menganjurkan bantahan tersebut, Abdallah Abu Rahmah berkata, enam orang dilaporkan cedera semasa diusir keluar oleh polis Israel.

“Israel telah melanggari undang-undang antarabangsa sejak berpuluh-puluh tahun dengan membina penempatan haram dan memusnahkan rumah penduduk Palestin.

“Tindakan rejim Zionis mengusir aktivis tidak akan melemahkan semangat kami untuk meneruskan tunjuk perasaan bagi membantah tindakan mereka merampas tanah rakyat Palestin," jelasnya. - AFP

No comments:

Post a Comment