My Add

Tuesday, 1 January 2013

Hadi ditegur perlekeh taraf pendidikan C.N. Al-Afghani

KUALA LUMPUR, ISNIN, 31 Disember, 2012: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sewajarnya menilai seseorang melalui taraf pendidikan atau pekerjaannya.

Sebaliknya Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya berkata, Abdul Hadi sepatutnya menilai seseorang itu melalui inti pati dan isi kandungan yang dizahirkan sama ada melalui ungkapan atau penulisan.

“Jika dirasakan benar apa yang diungkapkan, maka kita harus menerimanya dan jika tidak, kita wajib menolaknya.

“Dalam sejarah Islam, empat imam iaitu Abu Hanifah, Malik bin Anas, Al-Syafi’e dan Ahmad bin Hanbal bukannya lepasan universiti pun, tetapi tahap keilmuan mereka diiktiraf dan diterima pakai seluruh umat Islam sehingga hari ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment