My Add

Tuesday 1 January 2013

Takbur jika enggan tarik balik


*MOHD Noor Deris menunjukkan salinan Amanat Haji Hadi (kanan) dan fatwa yang dikeluarkan oleh MAIK pada 1981 mengenai kafir mengkafir di Kota Bharu, Kelantan, semalam.

KOTA BHARU, ISNIN, 31 Disember, 2012: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disifatkan takbur apabila meletakkan syarat menarik balik amanat yang dibuat lebih 30 tahun lalu meskipun tahu amanat itu membawa kesan buruk kepada perpaduan umat Islam di negara ini.

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, Abdul Hadi sepatutnya menarik balik amanatnya itu tanpa bersyarat demi kepentingan umat Islam dan bertaubat.

Malah, beliau turut menyifatkan keengganan Abdul Hadi menarik balik amanat itu tanpa bersyarat memperlihatkan sifat tamak dan mahu mengejar kuasa serta kedudukan dalam pilihan raya umum nanti. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment