My Add

Wednesday 9 January 2013

Ibu rayu pihak berwajib selamatkan akidah anak

MELAKA, RABU, 09 Januari, 2013: Seorang ibu merayu kepada pihak berwajib agar mengambil tindakan segera menyelamatkan salah seorang anaknya yang didakwa sudah terpesong akidah selepas dijaga suaminya sejak enam tahun lalu.

Wanita berusia 38 tahun itu berkata, suaminya yang dikahwini pada tahun 2000 itu adalah seorang mualaf bergelar Datuk tetapi tidak mengamalkan cara hidup Islam seperti tidak menunaikan solat, minum minuman keras dan merayakan sambutan keagamaan bertentangan dengan ajaran Islam.

"Saya mempunyai bukti kukuh anak saya yang dijaga suami saya itu kini jauh terpesong daripada akidah Islam. Anak saya pernah mengaku dia bukan Islam lagi.

"Saya merayu kepada pihak yang bertanggungjawab untuk membantu menyelamatkan anak saya daripada terus dijaga suami kerana anak saya terus dinafikan hak-hak sebagai orang Islam,'' katanya di sini.

Menurut wanita itu, hasil perkahwinannya dengan lelaki tersebut, mereka dikurniakan dua orang masing-masing berusia sembilan dan 11 tahun dengan salah seorang daripadanya dijaga oleh suaminya.

Katanya, dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan suaminya sejak 2006 manakala kes perceraian mereka masih lagi belum diselesaikan sejak enam tahun lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment