Industri ICT RM55 blion
KUALA LUMPUR, ISNIN, 31 Disember, 2012: Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (Pikom) yakin industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) negara akan mencapai sasaran perolehan sebanyak RM55 bilion tahun ini.
Pengerusinya, Woon Tai berkata, pihaknya menganggar pertumbuhan industri itu sekitar sembilan hingga 10 peratus tahun ini dan berdasarkan petunjuk awal, sasaran tersebut akan berjaya dicapai.
"Selain itu, pada 2012, kita menyaksikan tiga undang-undang yang memberikan impak secara terus kepada industri ICT iaitu Seksyen 114A Akta Keterangan, Akta Perlindungan Data Peribadi dan Rang Undang-Undang Perkomputeran Profesional.
"Saya gembira kerana kerajaan menerima pandangan dan melibatkan Pikom dalam beberapa perkara pada tahun ini dan berharap lebih banyak interaksi pada tahun 2013," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment