My Add

Tuesday, 1 January 2013

Warga Nigeria tunjuk lagak

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH

*MOTSAMA Goitsemodimo Peter dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis kanabis ketika perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Alor Setar, Kedah, semalam.

ALOR SETAR, ISNIN, 31 Disember, 2012: Seorang lelaki Nigeria masih mahu 'menunjukkan lagak' apabila mempertikaikan hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadapnya selepas disabitkan bersalah atas tuduhan mengedar dadah pada tahun lalu.

Meskipun hukuman dijatuhkan, Motsamai Goitsemodimo Peter, 27, masih menganggap dia tidak bersalah dan mempersoalkan mengapa Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Zaki Abdul Wahab membuat keputusan tersebut.

Mohd. Zaki bagaimanapun menegaskan mahkamah mendapati tertuduh bersalah berdasarkan segala keterangan dan fakta-fakta kes selain memberitahu Peter yang dia mempunyai hak untuk membuat rayuan sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment