My Add

Tuesday 1 January 2013

Jangan dahului mahkamah

KUALA LUMPUR ISNIN, 31 Disemver, 2012: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengingatkan semua pihak agar tidak mendahului undang-undang dalam isu penggunaan kalimah Allah memandangkan kes berhubung isu itu kini dalam peringkat rayuan di Mahkamah Rayuan.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, tindakan sesetengah pihak yang mengeluarkan pendapat sendiri dan mendahului keputusan mahkamah boleh mengkucar-kacirkan keharmonian antara kaum dan agama demi meraih keuntungan politik sempit semata-mata.

“Membicarakan isu berkaitan sama ada penganut Kristian Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu dilihat seolah-olah mendahului mahkamah dan bersifat subjudis.

“Adalah menjadi tanggungjawab kita rakyat Malaysia untuk memberi sepenuh kebebasan kepada mahkamah untuk membuat penghakiman. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment