My Add

Tuesday, 1 January 2013

KLCI catat rekod tertinggi baharu

KUALA LUMPUR, ISNIN, 31 Disember, 2012: Pasaran saham Malaysia mencatat rekod tertinggi baharu untuk penghujung 2012 apabila ditutup 1,688.95 mata dengan Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) naik 10.3 peratus untuk keseluruhan tahun ini.

Rekod tertinggi sebelum ini adalah 1,686.7 mata yang dicatatkan pada 28 Disember 2012.

Peningkatan tersebut disebabkan pembelian besar-besaran oleh dana sokongan kerajaan dalam tempoh 15 minit terakhir sebelum sesi dagangan ditutup pada pukul 5 petang.

"Kami menjangkakan pasaran 2013 akan tidak menentu. Kami bimbang dengan prestasi suku pertama berikutan pilihan raya umum dan ia dijangka kembali baik selepas itu," kata Ketua Penyelidikan Maybank IB, Wong Chew Hann. - DowJones

No comments:

Post a Comment