My Add

Wednesday 2 January 2013

Jangan layan tuntutan Hadi - Syed Ali

KUALA LUMPUR, SELASA, 01 Januari, 2013: Kerajaan tidak perlu melayan syarat yang diletakkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum menarik balik 'Amanat Haji Hadi' yang telah lama memesongkan pemikiran orang Melayu khususnya umat Islam negara ini.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, syarat yang diletakkan itu dilihat tidak munasabah dan hanya membuka ruang kepada Abdul Hadi untuk mengecam dasar-dasar kerajaan secara terbuka.

"Abdul Hadi mahu guna saluran RTM dan TV3, ini semua taktik licik beliau untuk menyampaikan propaganda secara langsung kepada rakyat.

"Permintaan Presiden Pas itu tidak sepatutnya dilayan sebagai orang yang istimewa kerana beliau sebenarnya bertanggungjawab mencipta 'Amanat Haji Hadi' sehingga merosakkan perpaduan dan penyatuan umat Islam," katanya dalam laman blog http://umnobahagiancheras.blogspot.com. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment