My Add

Wednesday 2 January 2013

Keluarga Guan Eng perlu benarkan Karpal jadi saksi

KUALA LUMPUR, SELASA, 01 Januari, 2013: Keluarga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng perlu memberi kebenaran kepada Karpal Singh untuk menjadi saksi dalam perbicaraan kes saman fitnah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Afandy Yusof menjelaskan, Karpal sendiri pernah mengakui dalam Parlimen pada tahun 1997 bahawa beliau mempunyai pelbagai bukti yang kukuh mengenai kegiatan liwat Anwar.

"Karpal akan akur kepada perintah keluarga Guan Eng kerana jawatannya sekarang sebagai Pengerusi DAP adalah atas pelantikan Guan Eng," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, pemimpin Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim dalam satu kenyataan meminta Karpal dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan kes saman fitnah Anwar terhadap Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Bhd. (Utusan) yang bermula awal tahun depan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment