My Add

Friday 4 January 2013

JMPP lancar kempen bantah tindakan Lim Guan Eng

GEORGETOWN, JUMAAT, 04 Januari, 2013: Jaringan Melayu Pulau Pinang (JMPP) hari ini melancarkan kempen mengumpul tandatangan bagi membantah tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung desakannya supaya kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Penyelaras JMPP Mohamed Hafiz Mohamed Nordin, berkata menerusi kempen itu pihaknya akan mengumpul tanda tangan masyarakat Islam di Pulau Pinang sebelum menyerahkannya bersama 25 salinan laporan polis berhubung perkara itu yang dibuat sebelum ini kepada Ketua Polis Negara secepat mungkin.

"Kami bukan nak mewujudkan suasana anti Kristian. Kalau anti Guan Eng, yes... memang kita sedang kempen untuk orang anti Guan Eng dan bukan sebab dia (Guan Eng) seorang Cina.

"Kita anti Lim Guan Eng sebab dia suka mencetuskan isu kontroversi agama," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen itu selepas solat Jumaat di depan Masjid Kapitan Keling, di sini.

Beliau berkata, pihaknya juga mewujudkan sebuah kumpulan yang dinamakan 'Gerakan Mencari Di Mana Guan Eng' bagi membolehkan memorandum diserahkan kepada Ketua Menteri itu.

"Sebab dia (Lim Guan Eng) tak mahu jumpa. Jadi, kita kena pergi cari dia. Pergi di pejabat tak boleh jumpa, pergi di airport dia lari. So, kita dengar mana (program) dia pergi kita pergi la. Di mana saja program dia, kita akan berada di sana. Guan Eng tetap akan bertemu dengan kami," katanya.

Mohamed Hafiz yang juga bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang juga menggesa Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa memberi penjelasan berhubung kenyataan beliau secara peribadi menyokong penganut agama lain menggunakan kalimah Allah.

Katanya, Mujahid membuat kenyataan itu dalam satu dialog di sebuah gereja di Butterworth tiga tahun lalu.

"Saya ada bukti video dengan saya. Saya ada versi penuh dialog itu dan saya juga ada klip (kenyataan) itu saja. Adakah ini dia terbabit dengan usaha DAP untuk memudahkan kalimah Allah diguna pakai oleh orang Kristian di Malaysia terutamanya di dalam bible versi bahasa Melayu," katanya.

Mujahid didakwa menyatakan bahawa beliau secara peribadi tidak mempunyai masalah untuk agama lain menggunakan kalimah Allah atas alasan Allah membenarkan kalimah itu digunakan oleh orang bukan Islam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment