My Add

Friday 4 January 2013

Rundingan baru konflik Syria minggu depan

NEW YORK, JUMAAT, 04 Januari, 2013: Pegawai Amerika Syarikat (AS) dan Russia dijadual bertemu minggu depan bersama Ketua Misi Antarabangsa, Lakhdar Brahimi dalam usaha mencari penyelesaian diplomatik bagi mengakhiri konflik Syria yang kini berlarutan selama 21 bulan.

Duta Pakistan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Masood Khan memberitahu pemberita semalam, Brahimi sedang mengadakan usaha susulan dengan Moscow, Sabtu lalu, bagi rundingan terhadap pelan penyelesaian diplomatik Syria.

Brahimi berjumpa dengan Menteri Luar Russia, Sergey Lavrov untuk mendapatkan persetujuan mengadakan semula rundingan tiga pihak itu sejak kali terakhir diadakan 9 Disember lalu di Geneva.

Masood berkata, dalam rundingan antara Moscow, Washington dan Brahimi itu, beberapa perkembangan terbaru dan penting akan diketengahkan supaya satu pelan penyelesaian terhadap konflik di Syria boleh segera dicapai. - AP

No comments:

Post a Comment