Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA dan HUSSAINI AMRAN
KUALA LUMPUR, SELASA, 01 Januari, 2013: Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu 2013 anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bersama PPP di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Kehadiran Timbalan Perdana Menteri itu juga diraikan lebih 5,000 rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama yang mula memenuhi Dewan Merdeka PWTC seawal pukul 9 pagi lagi.
Yang turut hadir ialah isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Masnah Rais; Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D' Cruz serta Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Pada majlis tersebut, para tetamu bukan sahaja dihidangkan dengan pelbagai juadah tempatan tetapi diserikan dengan persembahan nyanyian dan tarian pihak Istana Budaya serta Jabatan Kesenian dan Kebudayaan.
Sempena majlis rumah terbuka itu, Timbalan Perdana Menteri dan isteri tidak ketinggalan menyampaikan sumbangan kepada penghuni rumah-rumah kebajikan orang tua dan pusat jagaan kanak-kanak di sekitar Lembah Klang.
Sebelum majlis berakhir, beliau bersama beberapa tetamu kehormat kemudian memotong kek sebagai simbolik sambutan tahun baharu. - UTUSAN
*MUHYIDDIN Yassin bersama Noorainee Abdul Rahman dan Presiden PPP, Datuk Seri M. Kayveas (kiri) menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim sekitar Kuala Lumpur sempena majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu 2013 anjuran Kementerian Penerangan dan PPP di PWTC, semalam. Turut sama, Rais Yatim dan isteri, Masnah Rais. - UTUSAN/GHAZALI BASRI |
KUALA LUMPUR, SELASA, 01 Januari, 2013: Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu 2013 anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bersama PPP di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Kehadiran Timbalan Perdana Menteri itu juga diraikan lebih 5,000 rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama yang mula memenuhi Dewan Merdeka PWTC seawal pukul 9 pagi lagi.
Yang turut hadir ialah isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Masnah Rais; Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D' Cruz serta Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Pada majlis tersebut, para tetamu bukan sahaja dihidangkan dengan pelbagai juadah tempatan tetapi diserikan dengan persembahan nyanyian dan tarian pihak Istana Budaya serta Jabatan Kesenian dan Kebudayaan.
Sempena majlis rumah terbuka itu, Timbalan Perdana Menteri dan isteri tidak ketinggalan menyampaikan sumbangan kepada penghuni rumah-rumah kebajikan orang tua dan pusat jagaan kanak-kanak di sekitar Lembah Klang.
Sebelum majlis berakhir, beliau bersama beberapa tetamu kehormat kemudian memotong kek sebagai simbolik sambutan tahun baharu. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment