My Add

Friday 11 January 2013

Kalimah Allah boleh disalah guna

KUANTAN, KHAMIS, 10 Januari, 2013; Tindakan membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dengan sendiri akan mengundang satu bentuk penyalahgunaan pihak-pihak tertentu untuk tujuan penyebaran agama lain kepada umat Islam.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, sehubungan itu, syarat yang disebut pihak terlibat iaitu dibenarkan selagi tidak disalah guna mengundang persoalan, kerana selama ini tidak pernah menjadi masalah untuk kalimah Allah dikhususkan kepada umat Islam sahaja.

Katanya, lagi pun perkara itu sudah menjadi amalan di negara ini dan ternyata dengan mengkhususkan kalimah Allah untuk umat Islam, dapat membendung sebarang usaha bagi menyebarkan fahaman lain kepada umat Islam.

"Macam mana boleh kata selagi tidak disalah guna sedangkan dengan membenarkan kalimah Allah digunakan bukan Islam maka secara jelas boleh menjurus kepada penyalahgunaan oleh pihak-pihak tertentu yang kita tahu niat mereka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment