My Add

Monday 21 January 2013

Kalimah Allah: Hadi tidak akan tunduk kepada DAP

Oleh RADHUAN HUSSAIN


KUALA TERENGGANU, AHAD, 20 Januari, 2013: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan tunduk kepada desakan DAP agar beliau mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah hanya untuk umat Islam.

Setiausaha Politiknya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika dihubungi di sini hari ini berkata, Abdul Hadi akan mempertahankan pendirian itu Majlis Syura itu walaupun jelas bertentangan dengan pendirian pakatan pembangkan

Ahmad Samsuri menegaskan, beliau yakin dan pasti bahawa Presiden Pas itu tetap dengan pendirian serta keputusan yang telah diambil oleh Majlis Syura Ulama Pas tempoh hari berhubung isu itu.

"Saya pasti, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap dengan keputusan rasmi yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama parti (Pas).

"Buat masa ini, beliau (Abdul Hadi) tetap dengan keputusan itu (Majlis Syura Ulama). Beliau tidak akan sekali-kali berganjak dengan desakan DAP itu," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu bagi pihak Presiden Pas berhubung gesaan Pengerusi DAP, Karpal Singh agar Abdul Hadi mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah hanya untuk umat Islam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment