My Add

Monday 21 January 2013

Kalimah: Pakatan jangan soal, kerjasama cuma politik - Harun

Oleh RADHUAN HUSSAIN


KUALA TERENGGANU, AHAD, 20 Januari, 2012: Dewan Ulama Pas menegaskan pendirian Pas berhubung isu penggunaan kalimah Allah tidak perlu dipersoalkan oleh pakatan pembangkang kerana kerjasama yang dijalinkan hanya dalam soal politik dan bukannya agama.

Ketuanya, Datuk Harun Taib menjelaskan, selain persoalan politik untuk bersama-sama mencapai kemenangan dalam pilihan raya, persoalan yang menyentuh agama, Pas boleh membuat keputusan bersendirian.

"Kalau dia (Karpal) nak rayu atau desak juga (supaya Pas kaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu), dia punya pasal lah."

Harun menyatakan demikian kepada Utusan Malaysia di sini hari ini ketika diminta mengulas gesaan Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah hanya untuk umat Islam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment