My Add

Thursday 10 January 2013

Kalimah Allah: MAINJ ada kuasa ambil tindakan

JOHOR BAHRU, RABU, 09 Januari, 2013: Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja, sama ada orang bukan Islam atau umat Islam yang cuba menggunakan kalimah Allah di dalam Bible versi bahasa Melayu.

Penasihat MAINJ, Datuk Nooh Gadut berkata, bagi sesiapa yang menggunakan kalimah Allah di dalam Bible mereka boleh didakwa di mahkamah syariah bagi umat Islam dan diheret ke mahkamah sivil untuk yang bukan beragama Islam.

Beliau berkata, perkara itu termaktub dengan jelas di dalam Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor yang meletakkan sultan sebagai ketua agama serta mengiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi negeri dan negara ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment