*KERATAN laman web yang mendakwa Najib mengalami strok ringan pada 5 Januari lalu. |
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, hukuman tersebut boleh dikenakan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan berita palsu melalui SMS atau media sosial kerana berita palsu seperti yang ditulis dalam blog boleh mengganggu gugat keselamatan negara, kesejahteraan masyarakat dan merupakan pengaruh buruk terhadap kedudukan ekonomi masa kini," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai penyebaran berita palsu kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diserang strok ringan. - KOSMO
No comments:
Post a Comment