Oleh AZRAN FITRI RAHIM
JELI, ISNIN, 28 Januari, 2013: Kerajaan Pusat telah memulakan langkah-langkah awal untuk melaksanakan tujuh projek mega yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melakukan lawatan kerja ke negeri ini pada 20 Januari lalu termasuk urusan pengambilan tanah.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini membuktikan bahawa pengumuman tersebut tidak ada kena mengena dengan pilihan raya umum dan ia dilaksanakan demi kepentingan rakyat Kelantan.
Beliau berkata, Perdana Menteri telah mengarahkan beberapa kementerian dan jabatan untuk membuat persediaan bagi melaksanakan projek-projek terbabit sebelum pengumuman itu dibuat.
Sebagai contoh, ujarnya, penubuhan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang bernilai RM200 juta merangkumi tanah seluas 7.02 hektar untuk menempatkan 5,000 pelajar telah dikenal pasti.
Katanya, bagi pembinaan rumah mampu milik pula, sebanyak 1,000 unit dicadangkan dibina di peringkat awal di atas tanah seluas 2.64 hektar di Kota Bharu yang telah pun dikenal pasti.
"Perancangan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu juga sedang dibuat, saya sendiri telah mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk merangka pelaksanaannya sehari selepas pengumuman tersebut dibuat.
"Bagi lebuh raya pula, saya akan mengadakan mesyuarat dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam tempoh terdekat," katanya pada majlis penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 1Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas, di sini hari ini.
Sebelum ini, Najib mengumumkan tujuh projek besar yang bakal dilaksanakan oleh Barisan Nasional (BN) bagi memajukan negeri ini sekiranya diberi mandat pada pilihan raya umum akan datang.
Projek tersebut adalah pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, pembinaan stadium baharu, perumahan rakyat sebanyak 3,000 unit, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar.
Projek lain adalah membina masjid terbesar yang menjadi ikon di negeri ini dengan kos kira-kira RM50 juta selepas mendapat perkenan Sultan kelantan, mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu serta menyelesaikan masalah air.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, Pas boleh melemparkan pelbagai tuduhan terhadap usaha Kerajaan Pusat untuk melaksanakan projek tersebut tetapi rakyat di negeri ini dapat menilainya.
"Pas boleh katakan apa saja dan mereka akan menafikan semua sumbangan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat. Kita buat Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan memperbesarkan Jambatan Sultan Yahya Petra sehingga menelan kos RM200 juta, begitu juga di Galas serta Manek Urai, semua itu kita laksanakan bukan janji kosong.
"Rakyat Kelantan jangan tertipu dengan Pas, mereka (Pas) mengutip derma untuk membina lebuh raya dan mahu membina stadium, rakyat Kelantan dapat menilai semuanya. Janji Perdana Menteri akan tetap dilaksanakan," katanya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment