My Add

Monday 28 January 2013

Kanak-kanak maut terjatuh dari tingkat tujuh

Oleh NORHIDAYU MOHD HASSAN

KUALA LUMPUR, ISNIN, 28 Januari, 2013: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemui mati selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh Apartment Sutramas, Puchong Jaya, dekat sini hari ini.

Kanak-kanak berkenaan, Muhamad Adam Zafuan, ditemui mati di lantai bawah bangunan 12 tingkat itu dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi.

Ibu, Siti Nurjannah Azman,24, berkata, dia mengetahui kejadian menimpa anak tunggalnya itu setelah dihubungi rakannya yang juga penghuni di kawasan itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment