My Add

Monday 28 January 2013

RM500,000 bina dewan masyarakat Sungai Apong

Oleh FARHANA JONI


*MUHYIDDIN Yassin menyaksikan persembahan tarian tradisional semasa majlis santai bersama penduduk Kampung Sungai Apong Baru, di Kuching hari ini. Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Seri Alfred Jabu Anak Numpang. - UTUSAN
KUCHING, ISNIN, 28 Januari, 2013: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk membina bangunan baharu dewan masyarakat Kampung Sungai Apong Baru, di sini.

Timbalan Perdana Menteri mengumumkan peruntukan tersebut ketika majlis santai bersama penduduk kampung tersebut sempena lawatan rasmi di negeri ini.

Menurut Muhyiddin, peruntukan tersebut adalah bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa prihatin terhadap keperluan kemudahan dan prasarana penduduk di kawasan luar bandar.

Peruntukan setengah juta itu termasuk penyediaan peralatan lain seperti kerusi, meja dan pembesar suara. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment